Just Follow the Flow


THIS!!!
Sampai sekarang macam
 "erm,aku boleh bawak ke?serious ke aku dpt ni??course ni macam mana?"

11 July 2013
Login etasjil nak cek benda alah ni.. choi,apa semua ni. Amek kau!menangis tak henti aku dr tengahhari sampai malam.
FIZIK GUNAAN atau boleh jugak kalau nak panggil dia FIZIK BOMOH2.
Otak dah kering dengan FIZIK since habis je final exam kat TAMHIDI haritu. Kalau biology & chemistry tu ada lah jugak lagi yang tak kering terpaku terkunci terpagar dalam otak ni. Nak-nak pulak aku dah berhasrat tak nak ingat pun pasal fizik dan dengan yakin,
"Yes!!!lepas ni aku tak nak belajar fizik dah."
FIZIK??
Satu-satunya subjek C aku masa SPM.
Satu-satunya subjek yang memang kalau dihitung berapa banyak kali pun aku tak taw bila masa je aku tak tidur. Almost tidur je dari f4,f5,sem1 mahupun sem2.
*pernah satu masa kat sekolah dulu makan choki-choki dalam lab fizik dengan harapan tak nak tidur.tapi malang,tidur juga. Cikgu tu pn perasan habit aku yg satu tu.Buat malu je.
Satu-satunya subjek yg arghhhhhhhhh,paling malas aku nak study dulu,kini, & selamanya.
*jangan wanie,jangan.

Bukan aku sorang je bernasib macam ni. Tapi ramai lagi. Dapat course yg memang tak ada dalam list yang diminta pun. Yang ini tak cukup TRAGIS lagi. Super tragis kat budak-budak yang dulunya TAMHIDI SAINS & TEKNOLOGI lalu tercampak ke fakulti yang bukan sains. Syarat kelayakan memang dah terlebih layak daripada aku. So,bersyukurlah dengan result course aku ni.
Macam mana pun,istikharah tetap istikharah. Mungkin ini yang betul atau mungkin Allah nak uji sejauh mana aku berusaha untuk hidup aku.

Tapi kalau memang rezeki aku kat sini nak buat macam mana kan?
JUST FOLLOW THE FLOW

Semoga Allah bagi keputusan terbaik. Ameen. 
:)